Assalamualaikum W.B.T..

Senarai usahawan terkaya di Malaysia ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan majalah Forbes Asia setiap tahun. Kekayaan 40 orang teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan 2011. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien telah mengetuai senarai ini sejak ia mula dibuat pada 2006.
Nilai kekayaan tokoh-tokoh ini bernilai RM 188.32 bilion (AS$ 62.1 bil), meningkat 22% daripada RM 156.7 bilion pada 2010. Peningkatan kekayaan ini dimangkin oleh faktor pemulihan dalam pasaran saham di Malaysia dan seluruh dunia.

  1. Robert Kuok Hock Nien $10 bilion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
  2. Ananda Krishnan $7.2 bilion (Maxis, Astro)
  3. Lee Shin Cheng $5.5 bilion (IOI Group)
  4. Teh Hong Piow $3.5 bilion (Public Bank)
  5. Lee Kim Hua & keluarga $3.4 bilion (Genting Berhad, balu Lim Goh Tong)
  6. Quek Leng Chan $2.4 bilion (Hong Leong Group, Guoco Group)
  7. Yeoh Tiong Lay & keluarga $2.1 bilion (YTL Corp)
  8. Syed Mokhtar Al-Bukhary $1.8 bilion (MMC, Johor Port, Malakoff)
  9. Vincent Tan $1.3 bilion (Berjaya Group)
  10. Tiong Hiew King $1.1 bilion (Rimbunan Hijau)
  11. Azman Hashim $700 juta (AmCorp Group, dulu Arab-Malaysia)
  12. William H. J. Cheng $660 juta (Lion Group, Parkson)
  13. Lee Swee Eng $495 juta (KNM Group)
  14. Ong Beng Seng $470 juta (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
  15. Lim Kok Thay $345 juta (Genting Group, anak Lim Goh Tong)
  16. Vinod Sekhar $320 juta (Petra Group, dikenali kerana Green Rubber Global)
  17. Lee Oi Hian $300 juta (Kuala Lumpur Kepong atau KLK)
  18. Yaw Teck Seng $295 juta (Samling Group)
  19. Anthony Fernandes $290 juta (AirAsia, Tune Hotels)
  20. Mokhzani Mahathir $285 juta (Kencana, pengimport Porsche, anak bekas PM Mahathir)
  21. Kamarudin Meranun $280 juta (AirAsia, Tune Hotels, rakan Tony Fernandes)
  22. Jeffrey Cheah $275 juta (Sunway Group)
  23. Lee Hau Hian $250 juta (Batu Kawan, KLK, adik Lee Oi Hian)
  24. Chong Chook Yew $245 juta (Selangor Properties)
  25. Yaw Chee Ming $240 juta (Samling Group, anak Yaw Teck Seng)
  26. G. Gnanalingam $230 juta (Westports Malaysia)
  27. Lim Wee Chai $200 juta (Top Glove, pembuat sarung tangah getah terbesar di dunia)
  28. Kua Sian Kooi $195 juta (Kurnia Asia, insurans)
  29. Lau Cho Kun $185 juta (Malaysian Mosaic)
  30. Abdul Hamed Sepawi $180 juta (Ta Ann, konglomerat kayu)
  31. David Law Tien Seng $165 juta (bijih besi AustraliaMidWest, T.S. Law Holdings)
  32. Tiah Thee Kian $163 juta (TA Enterprise)
  33. Liew Kee Sin $160 juta (SP Setia)
  34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 juta (Westports Malaysia)
  35. Eleena Azlan Shah $150 juta (pemegang saham individu terbesar Gamuda)
  36. Lin Yun Ling $145 juta (pengasas dan MD Gamuda)
  37. Ong Leong Huat $130 juta (OSk Group)
  38. Lim Thian Kiat $115 juta (bekas ketua Multi-Purpose)
  39. Khoo Kay Peng $110 juta (MUI, peruncit U.K. Laura Ashley)
  40. Datuk Mohamed Nazir Abdul Razak $100 juta (CIMB Group, adik PM Najib)
Semua yang tersenarai merupakan usahawan. Mereka berusaha sendiri untuk bejaya.
Mudah-mudahan kita akan tersenarai di dalam senarai di atas suatu hari nanti.
Amin.

0 comments: