Assalamualaikum W.B.T..

Datuk lee chong wei..salah seorang atlit
yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Beliau adalah pemain badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek.

Mari kita baca serba sedikit tentang insan yang hebat ini :

Nama : Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21.10.1982
Tempat Lahir : Penang, Malaysia
Tinggi : 1.74m
Berat : 60kg
Kidal : tidak
Jurulatih : Misbun Sidek
Kedudukan Dunia Sekarang : 1 (perseorangan lelaki)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa semasa pembabitan awal beliau dalam bidang sukan beliau adalah seorang pemain bola keranjang. Bagaimanapun ibunya melarangnya bermain sukan tersebut kerana risaukannya. Walaubagaimanapun, semangat kesukanannya tidak pernah pudar pada masa tersebut. Beliau jatuh cinta dengan badminton pada umur 11 tahun apabila ayahnya membawanya bermain badminton.

Lee selalu berlatih selepas sekolah. Chong Wei mempunyai bakat sukan yang besar. Dia terus memantapkan permainan dan sering menghabiskan hampir 5 jam latihan setiap hari untuk berjaya.
 

Selepas Misbun Sidek menyedari akan bakat beliau, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan ketika dia berusia 17 tahun. Sejak itu, Lee Chong Wei bekerja keras untuk menjadi pemain terbaik.

Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya, termasuk gelaran Siri Super. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama sampai ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysia sejak 1996. Kejayaan yang besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)", yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Lee merupakan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang.
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

1 comments:

Anonymous said...

wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww